Friday, 14 June 2013

Tiada istilah Gagal dalam hidup....

Assalamualaikum...
     
    Peperiksaan SPM sememangnya penting kerana sijil ini yang menentukan hala tuju seseorang pelajar...
Keputusan Peperiksaan Pertengahan sedang sibuk diaagihkan kepada pelajar setelah 2 minggu cikgu bertungkus lumus untuk memeriksa kertas peperiksaan tersebut..
    Berapa pun keputusan yang anda dapat jangan lah berputus asa kerana anda hanya ada lagi 2 bulan untuk menduduki peperiksaan Percubaan SPM... Keputusan yang cemerlang sudah pasti akan membahagiakan hati ibu dan ayah kita.. 
                                                                          
Keputusan sebegini menjadi cita-cita setiap pelajar...

     Jika anda mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan ... jagn bimbang masih ada masa untuk anda memperbaiki keputusan itu... Anggaplah keputusan ini hanya untuk menguji tahap pemahaman anda...

    Perbaiki segala kelemahan... Elakkan dari menyalahkan orang lain atas kegagalan dalam peperiksaan..

    Antara cara yang boleh dicuba untuk mendapat A dalam peperiksaan ialah:

1) Membuat nota yang berkesan.
    - Harus diingatkan jika ingin membuat nota pastikan anda faham dahulu sebelum membuat nota...
      Pemahaman adalah jauh lebih penting daripada anda hanya membuat nota tanpa sebarang pemahaman...
2) Latihan dari pelbagai buku.
    - Apabila anda membuat latihan pastikan anda memeriksa jawapan anda itu... Selain itu, pastikan anda                                mengemukakan bukti atau penerangan yang terbaik.. Cara ini boleh memudahkan anda faham serta dapat mengingati fakta yang telah dijawab..
3) Hadirkan diri ke kelas tambahan..
    - Gunakan masa dengan sebaiknya.. Hadirlah ke kelas tambahan untuk menimba ilmu pelajaran...


    Jangan mengalah sebelum tibanya SPM... Cubalah manfaatkan peluang yang ada untuk belajar...
 Kami mendoakan yang terbaik untuk anda semua... :)